Saturday, December 4, 2010

Nilainya Sifar sekarang .

Perlu aku rasa sebegini rupa ? Perlu aku tewas setelah seharian berpura pura gembira ? Perlu aku menangis selepas seharian bergelak tawa? PERLU ?
Mungkin masa kau terhad untuk perempuan seperti aku agaknya , dan perlu aku mengambil tahu segala apa yang tersirat dan tersurat dalam hubungan ini ? adakah aku hanya tempat kau menepis kebosanan semata mata ? Kau akan rasa bila kau duduk di satu sudut dan saat itu kau berfikir tentang segalanya ,kau tenang mencapai akal fikiran dan tentu sekali kau bertanya siapa perempuan ini di hati kau itu .
aku hanya mahu tahu apa perasaan kau terhadap aku ,perlu aku mengambil binokular untuk meneropong apa yang ada di setiap relung hati kau yang berwarna merah hati itu?

Aku akan berjalan sendiri tapi aku mahu kau berbicara tentang hati dan perasaan dahulu, aku akan berjalan tapi bukan macam manusia yang normal perjalanan aku mungkin terhuyu hayang kerana sudah tiada tiang diantara hati dan badan aku . Mengapa ujian kau sebegini rupa aku tahu aku tak mampu dan aku akan menempuh segala onar segala belukar tanpa kau disisi .
Akan aku carik carikkan kertas putih yang kau dan aku lakar dulu dan maaflah aku tak pandai nak sembunyikan perasaan yang meluak luak ni . Kau pun tahu aku jenis yang bagaimana ,aku rapuh pernah beberapa kali aku lunturkan air mata aku dihadapan tubuh kau yang genit itu pernah beberapa aku mencapai tangan kau dan berkata jgn tinggalkan aku dan jawapan kau hanya mendongak lantas kau capai jari jemari aku dan berkata aku sayang kau mel . YA ,sayang senang benar ungkapan kau tapi sekarang semua itu tak lagi berada di relung telinga ku .. Mahu saja aku mencapai senapang dan biar hati kau berlubang dan mahu saja aku bekukan perasaan aku ni terhadap kau .

Hati aku memang plastik , hari ini aku cakap aku benci esok lusa bersayang bagai .sudah berkali aku conteng di hati agar nama kau dihati ni tenggelam ditelani dakwat pen faber castell tapi ia masih kekal tanpa sebarang cacat cela .Hebat ia memang hebat,hebat sungguh dia dihati ini .
Nilai sayang aku berapa dihati kau sebenarnya? adakah sifar ?
Dan jawapan bagi soalan itu mungkin juga ya mungkin juga tidak .
tapi biar aku menilai dari segi layanan yang dia beri dan masa terhadnya untuk aku .
ya SIFAR NILAI CINTA KAU SEKARANG TERHADAP AKU .

2 comments:

  1. "perlu aku mengambil binokular untuk meneropong apa yang ada di setiap relung hati kau yang berwarna merah hati itu?"

    "Mahu saja aku mencapai senapang dan biar hati kau berlubang"

    LiKe2! ;D
    aYaTMu SuNgGuH BeRPeRaSaaN ;D

    ReplyDelete
  2. ;)
    masa tgh sedih apa yang bermain difikiran tertulis di sini .

    ReplyDelete