Bahan-bahan (satu kek bulat)
- 2 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
- 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
- 5 biji telur ayam (gred B)
- 250gm butter
- 550gm buttercream readymade (beli kat kedai bahan buat cake)
- Pewarna ( Merah,biru,hijau,ungu,oren)
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu sejat IDEAL
- 1/2 sudu kecil garam
- Sprinkle star / beads untuk decorate atas cake .
Cara-cara
- Pukul butter dengan gula pasir yang telah dikisar selama 15 minit sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang dipukul tadi
- Masukkan esen vanilla . Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi sehingga sekata, Masukkan juga susu sejat .
- Setelah adunan sekata ,asingkan adunan tadi ke dalam 5 mangkuk yang berlainan/mengikut warna yg diingini . Campurkan pewarna tadi ke dalam adunan yang diasingkan tadi , gaul hingga warna sekata .
- Setelah habis menggaul untuk semua warna,masukkan adunan ke dalam loyang utk dibakar . (pastikan loyang tidak terlalu besar)
- Adunan hendaklah dibakar selama 15- 18 minit pada suhu 140 C.Apabila adunan telah masak,sejukkan terlebih dahulu (letak kertas minyak diatas loyang,jangan tindan lapisan cake dengan lapisan yg lain nnt melekat)
- Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada cake.Antara lapisan cake perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan cake melekat antara satu sama lain .
- Salut cake yang telah dilapis antara satu sama lain tadi hingga rata dan hiaskan mengikut citarasa dan kreativiti anda .
Good Luck :)
No comments:
Post a Comment